Monday, 30 April 2012

Tumbuhan Semula Jadi sebagai Sumber Perubatan


Secara tradisional, tumbuhan semula jadi sudah lama dijadikan ubat-ubatan. Akar, kulit, ranting, daun dan buah daripada tumbuhan semula jadi tertentu dapat dijadikan bahan ubat. Terdapat kira-kira 1158 spesies tumbuhan yang dapat digunakan sebagai ubat ditemukan di hutan kita. Ubat tradisional ini pada umumnya dapat mengubati penyakit seperti sakit kepala, ssakit perut, cirit birit, demam, luka, keguguran, cacing gelang dan tekanan darah tinggi. Antara beberapa jenis tumbuhan yang dapat dijadikan bahan ubat termasuklah ubi gadung, halia liar, tongkat Ali, senduduk, pulai, hempedu bumi dan kacip Fatimah


Gelenggang



Sunday, 29 April 2012

Tumbuhan Semula Jadi sebagai Kawasan Eko-Pelancongan

Kawasan hutan menjadi kawasan tarikan pelancong, khususnya bagi pelancongyang gemar akan suasana alam semula jadi. Suasana yang damai, redup, nyaman serta pemandangan yang indah di kawasan hutan menjadikan kegiatan eko-pelancongan semakin popular di negara kita. Antara kawasan itu termasuklah Gunung Ledang di Johor, Sekayu di Terengganu, Hutan Lipur Kancing di Selangor, Taman Negara Kinabali di Sabah dan Taman Negara Mulu di Sarawak

Hutan Endau-Rimpin kaya dengan flora dan fauna


Taman-taman negara seperti Taman Negara di Pahang, Taman Negara Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Bako di Sarawak dibuka kepada pelancong. Taman Negara tersebut dilengkapi pelbagai kemudahan untuk para pengunjung. Antaranya termasuklah kawasan perkhemahan, tempat penginapan, denai alam, kolam mandi semula jadi, tempat untuk memerhatikan hidupan kiar, serta peralatan untuk mendaki cerun.

Tempat-tempat ini menarik ramai pelancong tempatan dan luar negara. Industri pelancongan Malaysia dapat berkembang dengan pembukaan hutan-hutan tersebut untuk pelancongan.
Tumbuhan Semula Jadi Sebagai Tempat Perlindungan Hidupan Liar


Beberapa kawasan hutan di Malaysia telah dijadikan kawasan perlindungan hidupan liar, khususnya bagi haiwan-haiwan yang hampir pupus. Hutan Simpan Kabili, Sepilok di Sabah dan Hutan Simpan Semonggok di Sarawak dijadiakn tempat perlindungan orang hutan. Hutan Endau-Rompin di Johor dijadikan tempat perlindungan badak sumbu


Orang utan, spesies hidupan liar yang semakin terancam


Kawasan-kawasan lain seperti Taman Negara Pahang, Taman Negara Mulu di Sarawak dan Hutan Belum di Perak menjadi tempat perlindungan bagi segala jenis hidupan liar. Di hutan ini, haiwan seperti gajah, tenuk, dan tenggiling dapat hidup bebas daripada ancaman manusia.
Tumbuhan Semula Jadi dan Pembiakan Hidupan Laut

Akar-akar pokok bakau di hutan paya air masin rapat-rapat dan banyak. Keadaan ini mengurangkan hakisan ombak di kawasan muara sungai dan pinggir laut. Dicelah-celah akar pokok bakau pelbagai hidupan laut dapat berlindung daripada ombak yang kuat. Di sini anak-anak ikan dapat juga bersembunyi dan mengelakkan diri daripada dimakan oleh hidupan laut yang lain. Oleh itu kawasan ini menjadi tempat hidupan laut seperti ketam, ikan, udang, siput bertelur dan membiak. Antara hidupan yang banyak terdapat di kawasan ini ialah ketam uca dan ikan belacak.

Selain itu, tanih di kawasan ini terdiri daripada lumpur, tanah liat dan bahan bahan reputan. Bahan reputan daripada tumbuhan dan haiwan yang mati dalam ekosistem disini adalah nutrien yang menjadi makanan asas dalam rantaian makanan bagi kebanyakan hidupan laut.


Hutan Paya Air Masin - Tempat pembiakan hidupan laut


Umang-umang


Ikan belacak


Ketam uca
Tumbuhan Semula Jadi Sebagai Sumber Perhutanan

Pokok cengal, merbau, nyatoh, bitis dan kempas yang banyak terdapat di hutan hujan tropika kita itu merupakan kayu balak yang sangat tinggi nilainya. Kayu keras yang dihasilkan daripada pokok-pokok ini sesuai untuk dibuat perabot serta digunakan dalam industri pembinaan.


Kebanyakan kerangka rumah dan kapal dibuat daripada kayu-kayu ini. Kayu keras ini dieksport dalam bentuk balak gergaji, kayu gergaji dan papan lapis


Rumah yang diperbuat daripada kayu cengal dapat tahan lama


Atap-atap nipah dapat digunakan sebagai bumbung rumah


Rotan dibuat perabot yang bernilai tinggi serta cantik


Kayu bakau bahan utama dalam pembuatan kayu arang


Damar daripada pokok damar minyak dapat dibuat varnis dan perekat. Getah pokok kulim dapat dijadikan bahan untuk bau-bauan. daun pokok nipah dapat dibuat atap. Mengkuang dan rotan dapat dijadikan bahan untuk kraf tangan dan perabot. Kayu bakau digunakan sebagai cerucuk dalam industri pembinaan. Kayu bakau sangat baik dibuat kayu arang yang berkualiti tinggi. Batang nibung pula dapat dibuat tiang rumah dan kelong.

Selain itu, tumbuh-tumbuhan di hutan penting juga kepada orang asli dan masyarakat tempatan sebagai sumber makanan. Contohnya ialah keladi liar, buah durian, buah tampoi, petai, kerdas dan perah.
Tumbuhan Semula Jadi Sebagai Habitat Flora Dan Fauna


Hutan di Malaysia sudah lama wujud. Contohnya Taman Negara sudah wujud kira-kira 130 juta tahun dulu. Oleh itu hutan di Malaysia mempunyai kepelbagaian hidupan atau biodiversitiserta menjadi habitat kepada pelbagai flora dan fauna. Terdapat 8000 spesies bunga dan 2600 spesies pokok kayu di hutan kita. Di antara spesies-spesies ini ada yang tidak dapat ditemukan di negara-negara lain.

Begitulah juga halnya dengan faunanya. Terdapat 280 spesies mamalia, 600 spesies burung, 140 spesies ular, 165 spesies katak dan 1000 spesies rama-rama. Ciri-ciri ini bukan sahaja mengindahkan dan menyamankan tetapi juga melengkapkan alam di Malaysia.

Antara spesies tunbuhan semula jadi yang terdapat di hutan Malaysia iaitu Paku Langduyar

Periuk kera, sungguh unuk bentuk dan namanya

Antara spesies tumbuhan semula jadi yang terdapat di hutan Malaysia iaitu Orkid

Di Hutan paya bakau di Kuala Gula, eklihatan burung migran yang terbang 10 000km dari Rusia dan China untuk melarikan diri daripada musim sejuk - singgah mencari makan sebelum menyambung perjalanan ke Australia
Kepentingan Tumbuhan Semula Jadi Dalam Ekosistem


Ekosistem adalah suatu sistem yang melibatkan tindak balas antara benda hidup dengan benda bukan hidup. Kompenan benda bukan hidup terdiri daripada tanih, air, udara dan cahaya matahari. Kompenan ini menyediakan persekitaran luar bagi kompenan benda hidup. Kompenan benda hidup terdiri daripada semua spesies tumbuhan dan haiwan yang hidup dalam persekitaran ini. Setiap kompenan dalam sesuatu ekosistem memainkan peranan masing-masing

Dalam ekosistem, benda hidup saling bergantung antara satu dengan yang lain. Benda hidup juga bertindak balas dengan benda bukan hidup.

Tumbuhan hijau memerlukan tanah, air, udara, karbon dioksida, dan cahay matahari untuk membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Melalui proses ini oksigen dibebaskan. Tumbuhan menjadi makanan kepada haiwan. Oksigen yang dibebaskan pula diperlukan oleh haiwan untuk pernafasan. Peranan tumbuhan ini disebut sebagai pengeluar.

Haiwan, contohnya arnab memakan rumput dan daun. Haiwan ini disebut sebagai herbivor. Arnab pula menjadi makanan kepada haiwan karnivor seperti musang dan harimau. Arnab, musang dan harimau adalah pengguna dalam ekosistem ini.

Apabila haiwan-haiwan ini mati, pengurai seperti kulat dan bakteria akan bertindak mereputkan bangkainya. Bahan yang terurai menjadi nutrien yang menyuburkan tanih. Dalam hal ini, peranan pengurai adalah sebagai penukar. Nutrien yang dihasilkan itu akan diserap oleh tumbuhan sebagai sumber bahan untuk membuat makanannya. Oleh itu, peranan tumbuhan sebagai pengeluar adalah sangat penting. Penebangan tumbuhan semula jadi akan menyebabkan kekurangan sumber makanan.